Thursday 16 October 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH TAHUN 2014

SK Rompin telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform pada 17-18 Oktober 2014.

Perkhemahan peringkat sekolah ini bertujuan untuk membentuk keperibadian pelajar yang mantap dari segi disiplin, sahsiah, fizikal dan mental. Berasaskan kepada beberapa aktiviti pertandingan daripada perkhemahan yang telah dilalui pada tahun-tahun sebelum ini maka perkhemahan pada tahun ini adalah berkonsepkan pertandingan dan kerohanian bagi setiap unit beruniform. Pelajar dalam setiap unit beruniform akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai bilangan ahli yang sama dan akan dipecahkan kepada beberapa unit kecil yang akan dibimbing oleh guru pembimbing bagi setiap kumpulan.

OBJEKTIF PERKHEMAHAN
    1.   Melahirkan kumpulan pelajar dalam unit beruniform yang mempunyai daya saing yang tinggi, bersahsiah baik serta dapat mematuhi peraturan dan disiplin perkhemahan
   2.   Memberikan peluang dan pengalaman kepada pelajar untuk merasai dan melalui sekurang-kurangnya satu perkhemahan dalam satu sesi persekolahan sekolah rendah.
   3.   Membentuk keperibadian pelajar melalui satu sesi perkhemahan yang mencabar serta dapat membuat penilaian asas terhadap kebolehan pelajar untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan unit yang kecil. 
   4.   Memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat kepimpinan dalam diri masing-masing.

RASIONAL PERKHEMAHAN
1.    Meningkatkan semangat juang dan rasa yakin diri dalam diri setiap pelajar.
2.    Memberikan seberapa banyak pengalaman yang baru dan bermakna kepada semua pelajar agar dapat bersaing dalam dunia yang lebih mencabar.
3.    Mendisplinkan pelajar melalui aktiviti pembelajaran tidak formal serta memberikan pendidikan melalui aktiviti riadah.
4.    Membentuk daya kepimpinan pelajar serta membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi dan kolaboratif.
Ini adalah sebahagian barang² yang dibawa oleh pelajar.

Pelajar sedang mendaftarkan nama mengikut kelas dan kumpulan masing².

 Palajar Berkumpul di dewan sebelum aktiviti bermula.
 GPK KO menunjukkan cara memasang khemah kepada pelajar².
 Cikgu dan staff memantau pelajar² memasang khemah.
 Cikgu menolong palajar dalam pemasangan khemah.
 Staff membantu pelajar memasang khemah.
 Sementara memasang khemah ada pula cikgu yang memainkan gitar dan menyanyi untuk menghiburkan pelajar².
 Ini adalah sebahagian khemah yang masih belum diambil oleh kumpulan masing².
 Pelajar perempuan mendengar cara² memasang khemah daripada cikgunya.
 Pemain gitar dan penyanyi yang berada di bawah pokok menjadi penghibur bagi pelajar² yang sedang sibuk memasang khemah.
 Pelajar perempuan yang sedang memasang khemah.
    Tersepit pula seorang anak dara dalam gambar ini.

Thursday 7 August 2014

JAMUAN HARI RAYA 2014

8/8/2014 (Jumaat ) SK Rompin Negeri sembilan telah mengadakan jamuan hari raya..semua pelajar boleh memakai baju raya/ kasut raya hadir ke sekolah. Ini dia sedikit sebanyak tentang Jamuan Hari Raya di SKR.

haaaa.......ada sate lagi semua budak pun dapat tapi x sempat nak ambil gambar dah habis dah...


       


    


    


     


       

Friday 20 September 2013

PEMASANGAN CCTV

Sekarang kebanyakan sekolah sudah mula memasang CCTV...SKR tidak dikecuali juga...Jadi murid² jangan buat nakal ye..









PERKHEMAHAN 1MURID 1SUKAN

Perkhemahan 1M1S diadakan pada 21/09/2013 di padang SKR..Antara gambar bg aktiviti yang dijalankan adalah seperti di bawah..