PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH TAHUN 2014
SK Rompin telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform pada 17-18 Oktober 2014.
Perkhemahan
peringkat sekolah ini bertujuan untuk membentuk keperibadian pelajar yang
mantap dari segi disiplin, sahsiah, fizikal dan mental. Berasaskan kepada
beberapa aktiviti pertandingan daripada perkhemahan yang telah dilalui pada
tahun-tahun sebelum ini maka perkhemahan pada tahun ini adalah berkonsepkan
pertandingan dan kerohanian bagi setiap unit beruniform. Pelajar dalam setiap
unit beruniform akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai
bilangan ahli yang sama dan akan dipecahkan kepada beberapa unit kecil yang
akan dibimbing oleh guru pembimbing bagi setiap kumpulan.
OBJEKTIF PERKHEMAHAN
1. Melahirkan kumpulan pelajar dalam unit beruniform yang
mempunyai daya saing yang tinggi, bersahsiah baik serta dapat mematuhi
peraturan dan disiplin perkhemahan
2. Memberikan peluang dan pengalaman kepada pelajar untuk
merasai dan melalui sekurang-kurangnya satu perkhemahan dalam satu sesi
persekolahan sekolah rendah.
3. Membentuk keperibadian pelajar melalui satu sesi
perkhemahan yang mencabar serta dapat membuat penilaian asas terhadap kebolehan
pelajar untuk bekerjasama dalam satu pasukan dan unit yang kecil.
4. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat
kepimpinan dalam diri masing-masing.
RASIONAL PERKHEMAHAN
1.
Meningkatkan semangat juang dan rasa yakin diri dalam
diri setiap pelajar.
2.
Memberikan seberapa banyak pengalaman yang baru dan
bermakna kepada semua pelajar agar dapat bersaing dalam dunia yang lebih
mencabar.
3.
Mendisplinkan pelajar melalui aktiviti pembelajaran tidak
formal serta memberikan pendidikan melalui aktiviti riadah.
4.
Membentuk daya kepimpinan pelajar serta membantu mereka
meningkatkan kemahiran komunikasi dan kolaboratif.
Ini adalah sebahagian barang² yang dibawa oleh pelajar.Pelajar sedang mendaftarkan nama mengikut kelas dan kumpulan masing².
Palajar Berkumpul di dewan sebelum aktiviti bermula.
GPK KO menunjukkan cara memasang khemah kepada pelajar².
Cikgu dan staff memantau pelajar² memasang khemah.
Cikgu menolong palajar dalam pemasangan khemah.
Staff membantu pelajar memasang khemah.
Sementara memasang khemah ada pula cikgu yang memainkan gitar dan menyanyi untuk menghiburkan pelajar².
Ini adalah sebahagian khemah yang masih belum diambil oleh kumpulan masing².
Pelajar perempuan mendengar cara² memasang khemah daripada cikgunya.
Pemain gitar dan penyanyi yang berada di bawah pokok menjadi penghibur bagi pelajar² yang sedang sibuk memasang khemah.
Pelajar perempuan yang sedang memasang khemah.
Tersepit pula seorang anak dara dalam gambar ini.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home